Ada Apa Dengan Berat?

Tuesday, October 19, 2010 21:23
Posted in category Kesihatan

Salam hormat buat pembaca setia blog LifeInsured. Kali ini saya ingin membincangkan mengenai berat badan dan kesannya terhadap Polisi Insurans anda.

Tahukah anda bahawa seseorang yang mempunyai berat badan yang ideal lebih mudah untuk memiliki polisi insurans? Ya, ini kerana berat badan yang ideal adalah sebagai penunjuk aras kesihatan seseorang itu. Seperti yang kita sedia maklum, berat badan yang berlebihan akan menjadikan seseorang itu terdedah kepada risiko penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya.

Bagi sesetengah polisi insurans, sekiranya berat badan anda berlebihan, anda perlu membayar premium yang lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Malah ada juga syarikat yang terus menolak permohonan anda.

Dari segi teori sains dan fizik juga menunjukkan, berat yang berlebihan akan memberi impak terhadap kecekapan sesuatu mesin atau peralatan. Begitu juga dengan tubuh badan manusia. Sekiranya berat anda berlebihan, anda memerlukan tenaga yang lebih untuk menggerakkan anggota badan. Mungkin juga anda mengalami kesukaran untuk bergerak dan sebagainya.

Bagaimana untuk mengetahui berat badan yang ideal. Terdapat formula yang digunapakai dalam menentukan berat badan yang ideal yang di namakan Body Mass Index (BMI). Gunakan formula di bawah untuk menentukan nilai BMI anda.

Berikut adalah keterangan bagi nilai BMI anda. (sumber http://malaysia.kurnia.com)

BMI* What your BMI result indicates
Less than 18.4 UNDERWEIGHT
You are under optimum weight for your height. You could afford to gain a little weight.
18.5 – 22.9 NORMAL RANGE
You have a healthy weight for your height.
23 – 27.4 OVERWEIGHT
You are over optimum weight for your height. You may be facing health problems, so losing some weight would be a good idea.
27.5 and above OBESE
You are over optimum weight for your height. You may be facing health risks, so see your doctor to help you achieve a healthier weight.

*BMI cutoff for Asians

Sekiranya anda mempunyai berat yang ideal, ia adalah waktu yang paling sesuai untuk memiliki polisi insurans kerana ia tidak melalui proses “loading” dan munkin juga premium yang dikenakan lebih rendah untuk jumlah perlindungan yang sama.

Kini anda sudah tahu nilai BMI anda. Bertindak sekarang, sama ada mengambil polisi insurans, atau menambah berat badan atau mengurangkan berat badan untuk menjamin kesihatan dan kehidupan anda.

Apakah Pandangan Anda Terhadap Ejen Insurans – Bhg. 3 (akhir)

Saturday, October 16, 2010 3:54
Posted in category Ejen Insurans

Masih ingat lagi dengan 2 video yang lepas? Jadi, setelah anda menonton 2 video tersebut, apakah pandangan anda masih lagi sama?

Sekiranya pandangan anda masih sama, apa kata anda tonton video di bawah. Ini adalah video terakhir dalam topic ini.

Selamat menonton.

Jadi, apa tindakan anda?

Kemalangan dan Kesedaran

Tuesday, October 12, 2010 19:48
Comments Off

Pada tarikh keramat 10/10/10 yang lepas, ramai yang mengambil peluang untuk mengabadikan tarikh tersebut sebagai kenangan terindah dalam hidup mereka. Ada yang melangsungkan pertunangan, perkahwinan, menimang cahaya mata dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kemalangan maut yang telah meragut 12 nyawa pada tarikh yang sama.

Mungkin ada yang mengatakan, bahawa takdir telah menentukan ajal dan maut seseorang manusia itu. Cuba fikirkan sejenak, mengapa kemalangan seperti itu boleh berlaku? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendidik manusia supaya lebih berhemah ketika berada di jalan raya.

Cuba anda lihat wajah-wajah yang telah menjadi korban dalam kemalangan tersebut.

mangsa kemalangan

Mereka yang terkorban mungkin adalah anak, adik, abang, kakak, ibu, atau ayah seseorang. Apakah salah mereka sehingga mereka terbabit dalam kemalangan yang telah meragut nyawa mereka.

Persoalan seterusnya, apakah yang mereka tinggalkan untuk keluarga mereka. Tidakkah dengan berita kemalangan tersebut telah meluluhkan hati seorang ibu, ayah, atau anak?

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Lindungilah ahli keluarga anda dengan perlindungan yang secukupnya. Walaupun nyawa tidak dapat di ganti dengan wang ringgit, tetapi, dengan wang ringgit mungkin dapat membantu keluarga meneruskan kehidupan mereka.

Sayangi ahli keluarga anda dan hargailah nyawa.

Related Posts with Thumbnails