Premium – Bulanan atau Tahunan?

Wednesday, August 11, 2010 19:08
Posted in category Premium Insurans

Alhamdulillah, hari ini adalah hari kedua umat Islam berpuasa. Semoga anda dapat meneruskan ibadah puasa ini dengan penuh kesabaran dan keberkatan.

Berbalik kepada tajuk artikel kali ini, sekiranya anda ingin membeli satu polisi insurans hayat, yang manakah menjadi pilihan anda untuk membayar premium insurans tersebut? Secara bulanan atau tahunan?

Kebanyakan pemegang polisi insurans lebih cenderung untuk membayar polisi insurans mereka secara bulanan kerana ianya lebih murah dan lebih fleksibel (pada pendapat mereka). Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan sekiranya pemegang polisi membuat pembayaran premium secara bulanan. Antaranya adalah : -

  1. Kebarangkalian anda tidak membayar premium adalah tinggi. Mungkin anda membuat pembayaran secara tunai, atau pemotongan kad kredit atau pemotongan secara terus melalui akaun bank. Tetapi, sekiranya berlaku sesuatu kecemasan sama ada berlaku kerosakan kenderaan, atau kecemasan lain yang memerlukan anda menggunakan wang tunai atau kad kredit anda, kebarangkalian untuk anda menggunakan wang yang telah ditetapkan untuk membayar polisi insurans anda adalah tinggi. Dan sekiranya ini berlaku, polisi anda telah dikategorikan sebagai “lapse” yang mana sekiranya berlaku kemalangan ke atas diri anda ketika polisi anda “lapse”, pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan membayar sebarang pampasan ke atas diri anda.
  2. Menerima panggilan daripada ejen insurans anda setiap bulan. Ini juga mungkin berlaku sekiranya anda membuat pembayaran premium secara bulanan. Sudah menjadi tugas seorang ejen insurans untuk memastikan para pemegang polisi mereka sentiasa berada di dalam keadaan “dilindungi” kerana sekiranya sesuatu musibah berlaku ke atas anda, mereka tidak mahu dipersalahkan.
  3. Bayaran secara bulanan adalah lebih mahal. Ya! Bayaran premium insurans secara bulanan adalah lebih mahal berbanding dengan bayaran premium secara tahunan.

Jadi, sekiranya anda ingin membayar polisi insurans anda, adalah lebih baik untuk membayarnya secara tahunan. Antara kelebihan-kelebihan membayar premium secara tahunan adalah seperti berikut :-

  1. Anda dilindungi sepanjang tahun. Anda tidak perlu bimbang kerana polisi anda akan melindungi anda selama setahun. Sekiranya berlaku sebarang musibah dalam tahun tersebut, pihak syarikat akan membayar segala pampasan atau segala manfaat yang telah disenaraikan di dalam polisi anda.
  2. Ketenangan minda dan jiwa. Setahun adalah satu jangka masa yang agak panjang. Anda akan mendapat ketenangan minda dan jiwa kerana anda tahu anda dilindungi.
  3. Jimat. Pembayaran secara tahunan adalah lebih murah dan lebih jimat berbanding bayaran secara bulanan.

Kesimpulannya, terdapat beberapa cara pembayaran premium yang disediakan oleh pihak syarikat insurans sama ada secara bulanan, atau tahunan, atau secara “lump sump” mengikut kesesuaian dan kemampuan anda. Apa yang penting adalah anda memiliki polisi insurans yang dapat melindungi anda dan keluarga.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Premium – Bulanan atau Tahunan?”

  1. admin says:

    August 14th, 2010 at 11:31 pm

    as long as ada polisi insurans, tak kisah nak bayar premium mcm mana pun, yang penting jangan kasi “lapse”.

Leave a Reply